Selasa, 3 Mac 2009



Saban tahun, jumlah jemaah mengunjungi tempat ibadat itu semakin meningkat, justeru ia memerlukan kawasan yang besar bagi menampung jemaah terbabit melakukan ibadat dengan selesa dan tenang sepanjang berada di sana.
Sehubungan itu, satu perancangan membesarkan kawasan Masjidil Haram sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun. Projek itu memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan rohani dan konsep mesra alam dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah yang datang mengunjungi tempat itu untuk melakukan ibadat. Perancangan itu membabitkan kemudahan semua golongan jemaah termasuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas uzur yang ingin menyempurnakan rukun Islam kelima itu. Antaranya, mewujudkan laluan khas Saie bagi golongan terbabit agar ia tidak bercampur dengan jemaah normal.

Bendtner akhiri kemarau gol Arsenal



WEST BROMWICH: Nicklas Bendtner mengakhiri kemarau gol Arsenal dengan menyumbat dua gol bagi membantu pasukannya menewaskan West Brom 3-1. Pemain Belanda itu membuka jaringan pada minit keempat untuk memberi Arsenal gol pertama dalam lima perlawanan liga sebelum Chris Brunt menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma tiga minit kemudian. Kolo Toure meletakkan Arsenal semula di depan dengan tandukan pada minit ke-38 hasil sepakan percuma Andrey Arshavin.
Brendtner menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-44.